PENDAFTARAN RABIULAWAL SELAWAT CHALLENGE (5 JUTA SELAWAT)
”#RabiulawalSelawatChallenge_500 RUMAH CAHAYA,
21 Hari-5 Juta Selawat”
Ayuh sertai Kempen Rabiulawal Selawat Challenge, bersempena Bulan Kelahiran Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW. Objektif Kempen menggalakkan masyarakat agar memperbanyakkan selawat kepada junjungan mulia, Rasulullah SAW. Disamping itu juga, memohon agar negara Malaysia yang kita cintai dipelihara keharmoniannya dan dijauhi dari bencana...Aminn. Kami mensasarkan sebanyak 5 Juta selawat yang akan dibacakan lebih daripada 500 RUMAH CAHAYA dengan 1500 ahli keluarga akan dapat diselesaikan menjelang 12 Rabiualawal 1443 H (19 Oktober 2021).
PENYERTAAN TERBUKA UNTUK SEMUA
Mereka yang telah menyelesaikan bacaan selawat selama 21 hari berturut-turut ataupun sebanyak 20,000 selawat boleh menuntut e-book Himpunan Qasidah Melayu Rumah Cahaya -Taman Terapi Selawat secara percuma dan e-sijil penyertaan. Kami berharap agar kempen ini dapat disertai oleh ramai pihak dan disebarluaskan kepada semua. InsyaAllah terdapat Hadiah Istimewa kepada Peserta #RabiulawalSelawatChallenge yang Bertuah!
BINA 1 KELUARGA 1 RUMAH CAHAYA DENGAN MINIMUM 3 ORANG AHLI KELUARGA
DAN SERTAI #RABIULAWAL SELAWAT CHALLENGE
SASARAN PENYERTAAN
500 RUMAH CAHAYA
1500 AHLI KELUARGA
Tarikh: 29 September (Rabu) sehingga 19 Oktober 2021 (Selasa)
22 Safar - 12 Rabiulawal 1443H
Tempat: Di mana-mana sahaja anda boleh sertai cabaran ini @
LIVE Rumah Cahaya Jam 6.00 petang
https://www.facebook.com/BDCPrihatinMalaysia
Bacaan Selawat: Selawat Jibril 1000x صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمّ
Kami berharap agar kempen ini dapat disertai oleh ramai pihak dan disebarluaskan kepada semua.
#RabiulawalSelawatChallenge
#5JutaSelawat
#1keluarga1rumahcahaya
#selawatharian
#1keluarga1rumahcahaya
#selawatharian
#ibadahspiritual